Diploma Pendidikan (DPLI)

02/11/2009 at 8:46 AM (Uncategorized)

Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian untuk mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI) :

BIDANG (GURU SEKOLAH MENENGAH):
-Sejarah
-Pendidikan Jasmani
-Geografi
-Pengajian Am
-Kaunseling
-Seni / Seni Visual
-Perdagangan / Perniagaan
-Pendidikan Moral
-Muzik
-Sivik & Kewarganegaraan
-Guru Al-Quran KAA
-Pendidikan Islam
-Pendidikan Khas
-Elektrik dan Elektronik
-Amalan Bengkel Mesin
-Kimpalan
-Automatif
-Penyejukan Penyamanan Udara
-Binaan Bangunan
-Ekonomi Rumah Tangga
-Sains Pertanian
-Computer Programming
-Kemahiran Teknikal
-Perdagangan / Keusahawanan
-Tanaman Makanan
-Lukisan Kejuruteraan
-Bahasa Arab
-Bahasa Cina
-Kesusasteraan Cina
-TESL

PENEMPATAN:
IPTA yang menawarkan DPLI:
– UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UIAM, UMS, UPSI, UiTM, UTHM, USIM dan UDM.

(Calon guru akan ditempatkan selama setahun di universiti tersebut mengikut bidang masing-masing)

* Calon akan menerima elaun sama seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

* Calon yang berjaya menamatkan kursus akan ditempatkan di sekolah menengah & vokasional

SYARAT AM
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan.
-Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK (CGPA) sekurang – sekurangnya 2.75
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai
-Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai

SYARAT KHAS PROGRAM
-Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my

-Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.

-Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

SYARAT TAMBAHAN
-Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah (skrol) sahaja yang akan dipertimbangkan.

-Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

-Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.

-Sila semak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

-Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 12 Mac 2009.

Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
-Maklumat Permohonan
-Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
-Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa
-Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
-Akuan majikan (Jika Berkaitan)
-Salinan Transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda bagi 6 semester
-Salinan Ijazah/Skroll (jika ada)
-Salinan sijil Diploma/Sijil SPM
-Ujian MEdSI dan Temuduga

Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temuduga yang ditetapkan.

Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 13 April 2009 melalui laman web http://www.mpm.edu.my. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

Panggilan temuduga boleh disemak mulai 11 Mei 2009 melalui laman web http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my

Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Catatan:-

-Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.

-Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

CARA MEMOHON:
Untuk memohon, beli no. PIN dengan no. MyKad (Kad Pengenalan) anda dengan harga RM20.60 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau Mesin ATM GIRO BSN.
Pilih Menu NO. PIN > IPTA > Diploma Pendidikan

TEMPOH PERMOHONAN:
9 Februari 2009 sehingga 9 Mac 2009

Isi Borang Permohonan On-line di:
http://upu.mohe.gov.my
https://upu.mohe.gov.my/portal_bpkp/online0910/dpli/mohon.php

Tarikh Tutup: 9 Mac 2009

PERHATIAN :

Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan;

-Pemohon Lepasan Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75. mengemukakan permohonan mulai 9 Februari 2009 hingga 9 Mac 2009.

-Pemohon yang TIDAK mengemukakan permohonan sehingga permohonan akhir SAH & HANTAR seterusnya TIDAK akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA.

-Hanya satu (1) permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian dibenarkan sehingga tarikh tutup permohonan

-Pengunaan No. Kad Pengenalan/ MyKad serta Kata Laluan, Nama Ibu & kod Imej ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan permohonan;

-Kata Laluan & Nama Ibu ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan pengemaskinian maklumat;

-Kata Laluan & Nama Ibu perlulah ringkas, dirahsiakan dan sentiasa diingati.

KALENDAR PERMOHONAN DPLI :

9 Februari 2009 : Tempoh Permohonan On-line

9 Mac 2009 : Tarikh Tutup Permohonan On-line

12 Mac 2009 : Tarikh Tutup Penghantaran Salinan Sijil ke IPTA

13 April 2009 : Semakan untuk Ujian MEdSI

18 April 2009 : Ujian MEdSI

11 Mei 2009 : Semakan untuk Temuduga DPLI

Mei / Jun 2009 : Tempoh Temuduga DPLI

Julai 2009 : Kemasukan DPLI di IPTA

* Tertakluk kepada perubahan 

Advertisement

Permalink Leave a Comment

02/11/2009 at 5:55 AM (Uncategorized)

Hanya budak-budak Kolej 10(Kolej Tun Ahmad Zaidi, UM) je yangtahu apa guna menantang ni hehehe.. Save The Earth

Permalink Leave a Comment

Dosa yang Lebih Hina dari Berzina..

02/11/2009 at 3:19 AM (Uncategorized)

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. 

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata, 

“Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.” 
“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik. 
“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
 “Saya ……telah berzina.” 

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
 “Dari perzinaan itu saya pun……lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya……. Cekik lehernya sampai……tewas”, ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. 

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut. 

“Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!”…teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? 

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? 

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. 

“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” 
” Ada !” jawab Jibril dengan tegas.

 “Dosa apakah itu?” tanya Musa kian penasaran.

Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. 

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.

Permalink Leave a Comment

Kecantikan Seorang Lelaki dan kegagahan seorang Wanita

02/10/2009 at 11:24 PM (Uncategorized)

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan
“MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL”

Permalink 1 Comment

MACAM MANA KALAU OBAMA BERKULIT PUTIH

02/10/2009 at 3:45 PM (Uncategorized)


MACAM MANA KALAU OBAMA BERKULIT PUTIH

Permalink 1 Comment

Wasiat Untuk Bakal Isteri

02/10/2009 at 2:33 PM (Uncategorized)


oleh : Uztaz Zahazan Mohamed
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat k eke 21 maksudnya :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Menerusi ayat ini kita dapat melihat bahawa antara tanda kesempurnaan kejadian manusia ialah penciptaan teman hidup yang akan meneruskan kesinambungan kehidupan manusia di bumi.
Ayat yang menjurus kepada pembuktian tanda-tanda kekuasaanNya ini menghuraikan satu bentuk dari berbagai bentuk anugerahNya yang seringkali diabaikan.

Para ahli tafsir menitikberatkan permasalahan yang berkaitan dengan Islam dan hokum, namun suatu perkara yang perlu ditangani ialah memahami mesej ayat dalam rangka realiti atau lebih tepat lagi kaedah menguruskan konflik rumahtangga yang sering dialami oleh pasangan-pasangan yang berkahwin.Mengapakah masalah ini timbul sedangkan mafhum ayat mengkehendaki dnegan perkahwinan adanya keserasian dan kedamaian.

Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘hamba’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘hamba’ lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengegkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bereseronok. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”walaupun nasihat ini lebih menumpukan kepada aspek bahasa, namun pengajaran yang dikutip di sebaliknya amat membantu kita memahami reality hayat kita di dalam rumahtangga.Secara ringkasnya, ibrah yang terdapat di sebalik wasiat ibu yang matang ini ialah :


1. Carilah pasangan yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
2. Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi beliau tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah.

3. Kepentigan mengamalkan sikap berlapang dada dan bertolak ansur kerana ia pasti menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

4. Carilah keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan Allah,contohnya dengan sentiasa berdoa kepadaNya tanpa menghebohkan kekurangan pasangan nescaya engkau akan dapat kasih sayangnya dan kasih sayang manusia.

5. Para perunding hendaklah sentiasa memberikan semangat terhadap banyaknya peluang untuk pembaik pulihan daripada mencari kelemahan seseorang.

Mudah-mudahan sedikit wasiat berupa pengalaman para hukamak ini dapat menyerikan lagi rumahtangga yang dibina bagi menjamin keberadaan sakinah, mawaddah dan rahmah!

Permalink Leave a Comment

02/08/2009 at 12:23 PM (Uncategorized)

JAKET UNTU PELAJAR/KAKITANGAN APM..
****HANYA RM 65
****KAUNTER AKAN DIBUKA DI FOYER DALAM MINGGU INI
****MAKLUMAT LANJUT (MUTALIB KASIM 013-2220836)

Permalink Leave a Comment

Kemelut Politik Perak: Khianati kepentingan Melayu

02/06/2009 at 11:30 AM (politik)

Faktor Melayu jamin kuasa politik 

Oleh ARIF ATAN 

Kepimpinan kerajaan negeri Perak kini ibarat dua nakhoda dalam sebuah kapal apabila Mohammad Nizar Jamaluddin tekad ‘mohon derhaka’ untuk tidak mematuhi titah Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar yang disandangnya baru 10 bulan itu.

Malah, tindakan Nizar bersama exco kerajaan negeri ‘buangan’ yang datang juga ke Pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi amat mengaibkan apabila diarah keluar semasa membuat sidang media. Marah benar Nizar apabila dilaporkan sempat menjerit “what the hell” terhadap tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim itu. 

Walhal, keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sudah terang lagi bersuluh. Kenyataan media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan jelas menunjukkan Baginda tidak berkenan membubarkan DUN dan menitahkan Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta-merta. Ini selaras dengan dengan peruntukkan XVI (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan. 

Sedangkan air pun ada pasang surutnya inikan pula realiti politik yang serba-serbi berkemungkinan. Hakikat inilah yang harus diterima dengan hati terbuka oleh Nizar serta para pemimpin dari mana-mana parti politik sekali pun di negara ini.

Anggaplah peralihan kuasa yang berlaku sebagai hasil ‘tuaian’ daripada gaya pentadbiran Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini yang bagaikan kera mendapat bunga. 

Tidak keterlaluan dikatakan, mereka sebenarnya sengaja makan diri dengan menempah keranda politik untuk diri sendiri sejak usainya pilihan raya umum ke-12 lalu.

Atas tafsiran satu bangsa Malaysia mereka yang terpesong daripada apa yang sepatutnya maka banyak tindakan yang telah dibuat oleh Nizar dan ahli-ahli exconya membelakangkan orang Melayu atas anggapan pengundi bukan Melayu adalah penentu kelangsungan politik mereka dalam pilihan raya akan datang. 

Tambahan pula, dengan kedudukan 17 kerusi DAP berbanding 6 milik PAS dan 5 lagi PKR, umum tahu ‘siapa’ di sebalik setiap keputusan Nizar sebelum ini.

Mereka lupa dalam masa yang sama, akhirnya suara orang Melayu serta institusi raja berperlembagaan jugalah faktor penentu utama yang akan mencorak sejauhmana kekuasaan serta kestabilan sosiopolitik sesebuah kerajaan. Mandat rakyat menerusi peti undi bukan segala-galanya. Sistem politik kita sebenarnya tidak dapat lari daripada hakikat ini. 

Institusi kesultanan Melayu Perak bukan sekadar lambang autoriti yang sewenang-wenangnya tidak dipeduli. Sebaliknya, berperanan sebagai penjaga kepada negeri dan semangat demokrasi itu sendiri dengan bertindak selaku agen semak dan imbang yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak.

Ini penting demi mengelak keadaan politik negeri itu terhumban dalam ketidakstabilan politik yang berterusan. Oleh itu, adalah keterlaluan jika Nizar termasuk Pakatan Rakyat amnya enggan akur akan ketetapan Sultan sedangkan dari segi perlembagaan negeri, kuasa melantik Menteri Besar adalah hak Baginda.

Apapun, kemelut politik yang melanda Perak sebenarnya isyarat bahawa padah akan menimpa bila-bila masa sahaja kepada mana-mana pimpinan kerajaan negeri selepas ini yang tidak berlaku adil kepada kepentingan masyarakat Melayu. 

Usah atas dasar menjaga hati kaum lain maka hak orang Melayu dikorbankan. Jika tidak nantikan sahaja kuasa politik yang diberi akan menjadi korban pula seperti yang telah berlaku terhadap Nizar dan ‘konco-konconya’.

Permalink Leave a Comment

Pakatan Rakyat Tumbang Di Perak..

02/04/2009 at 11:43 PM (Uncategorized)

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR – Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim – yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari – kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Najib berkata, Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan perkara itu kepadanya semalam.

“Hari ini juga Adun Bota, Datuk Nasarudin berjumpa dan memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah kembali bersama Umno,” katanya, membacakan satu kenyataan, dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya.

Keempat-empat mereka turut hadir di sidang akhbar tersebut.

Najib menambah, Jamaluddin, Osman dan Hee telah memaklumkan melalui surat kepada Sultan Perak bahawa mereka telah meninggalkan parti masing-masing.

Menurutnya, keempat-empat mereka telah memberikan mandat dan akujanji untuk mencalonkan wakil rakyat BN sebagai nama menteri besar baru menggantikan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin. 

Katanya, keempat-empat mereka telah memaklumkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar, PKR dan DAP bahawa mereka bukan lagi ahli parti-parti tersebut.

Najib berkata, berdasarkan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, menteri besar – apabila hilang keyakinan dan majoriti – dan barisan exconya harus meletakkan jawatan.

Katanya, beliau akan menghadap Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi memaklumkan penubuhan kerajaan baru BN.

Difahamkan beliau akan ke istana Sultan Azlan Shah esok.

Ditanya tarikh beliau akan ke istana, Najib berkata, ia bergantung kepada perkenan baginda.

Najib juga menafikan wujud paksaan atau penggunaan wang untuk membeli wakil-wakil rakyat itu dalam proses pembentukan kerajaan baru.

Ditanya pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Jamaluddin dan Osman, timbalan perdana menteri enggan mengulas dengan berkata “ia adalah isu yang berbeza”.

Ditanya sekiranya Sultan bersetuju membubarkan DUN Perak seperti yang diminta oleh Pakatan Rakyat, Najib berkata, kuasa mutlak di tangan baginda.

“Apa-apa perkara, itu akan diputuskan oleh Sultan,” katanya.

Ditanya bagaimana BN hendak membentuk kerajaan memandangkan tiga daripada Adun yang menyokong parti sebagai wakil-wakil rakyat bebas, Najib berkata, mereka adalah “Adun bebas yang menyokong BN”.

Katanya lagi, apabila undian dijalankan di DUN nanti, BN yang mempunyai 28 kerusi akan mendapat sokongan tiga Adun bebas terbabit.

Pakatan Rakyat kini mempunyai 28 kerusi.

Bagaimanapun, Speaker DUN tidak boleh mengundi, jadi Pakatan hanya mempunyai 27 kerusi.

Mengulas isu moral melompat parti, Najib berkata: “Kita tidak mulakan, siapa yang bercakap pada 16 September”.

Ditanya tentang negeri lain yang mungkin diambil alih BN, Najib enggan mengulas dan berkata “itu cerita lain”.

Ditanya bilakah beliau mula berbincang dengan Adun-adun berkenaan untuk meninggalkan PKR dan DAP, Najib berkata, beliau tidak perlu memberitahu “sama ada pagi, petang atau malam”.

-sumber.. MALAYSIA KINI

Permalink Leave a Comment

Universiti Malaya Banjir

02/03/2009 at 10:36 AM (Uncategorized)





Permalink Leave a Comment

Next page »